walau sehebat mne pon kita... walau setinggi mne pon kita belajar... walau besar mne pon kejayaan kita.... tanpa restu dan doa ibubapa kita... cm kehidupan kita tiada keberkatan......

Followers

Para Tetamu

Saturday 7 January 2012

Sentimental Hati Lelaki Ini

As Salam....

Zul baru jer mula berkecimpung dalam fotografi nie..Kalau ade kureng tu paham2 je la ye...^_^..









SEKIAN,TERIMA KASIH..

Thursday 15 December 2011

Tips Takluki Hati Pasangan Anda



Disini ada disediakan beberapa tips supaya mudah pasangan anda menerima anda dengan sebaiknya untuk lelaki dan wanita . jom baca :-

  1. jadikanlah pasangan anda sebagai sahabat baik anda.
  2. selalu mengirimkan pesanan ringkas kepadanya walaupun hanya berkata " i love u"
  3. lelaki sukakan wanita yang pandai membawa diri, berdikari, dan tidak kekok dalam apa-apa situasi sekali pun.
  4. wanita pula sukakan lelaki yang selalu mengambil berat akan dirinya.
  5. jika melalukan kesalahan, jangan malu untuk meminta maaf.
  6. lelaki akan ketepikan segala ego demi wanita yang di cintainya.
  7. kata orang tua-tua, tawan hati lelaki dengan mengikat perutnya terlebih dahulu.
  8. setiap manusia punyai kekurangan. cintai pasangan anda kerna dirinya seadanya. bukannya kelebihan dan kehebatannya kerana jika suatu hari nanti kelebihan dan kehebatan itu hilang, anda akan membencinya.
  9. beradalah di sisi pasangan anda ketika senang dan susah adalah kunci kebahagiaan.
  10. carilah masa untuk menghabiskan masa bersama dengan melakukan aktiviti kegemaran pasangan anda.
  11. bila pasangan anda sedang bercakap, pandanglah matanya, berikan tumpuan dengan percakapannya, jangan bersikap sambil lewa.
  12. jika wanita sedang marah, pujuklah hatinya dengan lembut, tanyakan kenapa.. jadilah pendengar yang setia..
  13. jika lelaki sedang marah, limpahilah pasangan anda dengan kasih sayang.. pujuk hatinya, jika masih tidak berjaya, biarkan dia bersendiri dahulu.. bila keadaan kembali reda, dia akan kembali mencari anda. percayalah!!!
  14. kaum adam kebiasaanya akan bercakap terus terang, berlawanan dengan kaum hawa yang lebih suka berlapik ketika bercakap.
  15. lelaki suka menganggap segala-galanya adalah mudah dan senang dalam segala hal... lain pula dengan wanita lebih cerewet dalam setiap perkara..
  16. sayangi pasangan anda berpada-pada.. kerana terlalu sayang akan menjadi benci malah sebaliknya.
  17. kadang-kadang pasangan kita juga memerlukan masa bersama keluarga dan kawan, jangan di sekat kebebasannya tetapi tidak pula di biarkan terlalu bebas. ini bermakna, beritahu pasangan anda ke mana anda ingin pergi, dan bersama siapa.. jangan timbulkan syak wasangka kepada psangan anda.
  18. tidak kira di mana anda berada, ingatlah status anda. ada hati yang perlu di jaga yer. jangan terlalu bebas bergaul. takut nanti ada yang tersangkut dengan anda.. masalah nanti..
  19. perkenalkanlah pasangan anda kepada kawan-kawan anda yang lain, agar dirinya terasa begitu berharga buat anda.
  20. sahabat si dia adalah sahabat anda juga, kata orang bila pasangan kita berkawan dengan kawan-kawan kita yang lain, maka dia akan lebih mengenali anda dengan dekat. tidak timbul juga masalah di kemudian hari :)
  21. berikan kejutan kepada si dia dengan memberinya hadiah, jangan tunggu untuk hari istimewa sahaja.
  22. bawa si dia di majlis-majlis keluarga. agar si dia tahu yang anda benar-benar serius dengannya.
  23. dari mata turun ke hati.. tatap lah matanya ketika bersama..
  24. jangan lupa ucapkan "terima kasih" untuk setiap perkara yang si dia lakukan.
  25. tanya hati anda, mengapa mencintai dia??? kerana cinta itu cukup suci untuk di permainkan. cintai pasangan anda seadanya kerana si dia mncintai anda apa adanya ^^
hakikat dalam sebuah percintaan apabila timbul salah faham dan bergaduhan. itu adalah lumrah kehidupan pasangan bercinta. sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula mereka yang tidak sedarah dan sedaging dengan kita. jadilah pasangan yang bijak menyelesaikan masalah, bukannya sentiasa menimbulkan masalah. dunia percintaan sentiasa di uji dan teruji.. di sini lah kita akan tahu, serasi atau tidak kita dengan pasangan. love mean u accept all the weakness of ur partner.

Sunday 27 November 2011

SALAM TAHUN BARU,UNTAIAN KATA UNTUK RENUNGAN BERSAMA…

ASSALAMUALAIKUM…Salam ukhwah untuk semua!
Dengan bertanya  seseorang akan lebih berpengetahuan.Nama yang harum lebih berharga dari kekayaan. Cepat tidur,cepat bangun menjadikan seseorang sihat,makmur dan bijaksana.Hidup yang tak menghasilkan apa-apa bererti hidup tiada guna.

Barang yang selalu buat kamu tertarik selalu terasa mahal. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Kemakmuran adalah hasil dari jerih  payah.Yang penting bukan berapa lama kita hidup,tapi bagaimana kita hidup.
Jika anda tak dapat berkata baik tentang diri seseorang.janganlah yang buruk anda katakan.Sekali ucapan yang keluar ia akan tersebar ke mana-mana. Berfikirlah hari ini dan berkatalah esok. Pertolongan yang tulus tidak akan mengharapkan inbalan kembali.Waktu yang hilang takkan dapat dipertemukan kembali. Nasihat yang baik adalah teladan yang baik.
Berbahagialah mereka yang tidak mempunyai hutang.Seseorang dikenali kerana dengan siap dia bergaul.Keramahan adalah senjata penakluk yang paling jujur.Dengan belaja rmematuhi perintah,kita akan tahu cara memerintah.Tak semua persoalamn dapat diselesaikan dengan cara analisa.
Cinta itu Indah tapi tak selamanya keindahan itu mengandungi cinta. Cinta itu bukan sumber bahagia tapi tiadanya cinta jadi sumber derita. Cinta itu laksana api yang tak boleh dipermainkan,jika dipermainkan akan membakar diri. Awali cintamu dengan kemantapan agar berjalan dengan menyenangkan. Cinta itu bermacam2 tapi yang paling aman dan kekal adalah cinta kerana-Nya.Cinta sejati adalah cinta yang terdiri dari dua orang sahaja dan tak ada tempat bagi orang ketiga. Cinta yang buta membawa orang dalam kesesatan.
Doa adalah suara iman dan senjata paling ampuh.Beramallah, nanti Tuhan akan memberi kurnia…

SALAM MAAL HIJRAH…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...