walau sehebat mne pon kita... walau setinggi mne pon kita belajar... walau besar mne pon kejayaan kita.... tanpa restu dan doa ibubapa kita... cm kehidupan kita tiada keberkatan......

Followers

Para Tetamu

Monday 22 August 2011

Seedih Nihh!!!


Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60
tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah.
Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi...
.
si A : Macamana ni??rumah kita lak atas sekali?
si B : Aduhhhh???bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..???
si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje??kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik
si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak...kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa...biar kita serius dengar cerita.
Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita...
si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku???aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku....bla bla bla bla bla....
Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh...sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata...kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita....
si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalan kemalangan jalanraya...aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang...bla bla bla bla...
Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih...punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi.... sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk
si C : Alaaaaaa....korang punya cerita tak sedih lagi....cerita aku lagi sedihhhh punya.
si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke....?
si C : emmmm!!mungkin hari ini dalam sejarah...
si B : cerita aje le...kita dah tinggal 4 tingkat je lagi
si C : aku sedih kerana..HEEEE...KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA... UWAAAAAA

Saturday 20 August 2011

Pesanan Rasulullah S.A.W

6 Sifat Wanita Yang Perlu Dielak Untuk Dikahwini
Setiap lelaki muslim mahukan pasangan hidup yang terbaik untuk diri masing-masing. Namun, dalam kita mengejar yang terbaik lelaki sendiri kadang-kadang terlupa untuk menjadikan diri mereka sendiri sebagai seorang muslim sejati(penulis sendiri juga tidak terkecuali dengan kata-kata ini) . Kita(lelaki) mengharapkan wanita yang terbaik untuk dijadikan pasangan hidup maka kita juga perlu menjadi yang terbaik untuk pasangan kita.


Pesanan Rasulullah s.a.w untuk kaum lelaki :
“Jangan engkau kahwini wanita yang ada 6 sifat ini. Yang Ananah, yang Mananah, yang Hananah, yang Hadaqah, yang Basaqah dan yang Syadaqah”.

1. Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Wanita Mananah:
Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Wanita Hananah:
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Wanita Hadaqah:
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Selain itu wanita ini suka ikut nafsunya.
Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu berseri menjadi sugul dan tertekan. Berdosa besar baginya.

5. Wanita Basaqah (ada 2 makna):
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.


Kedua dia marah ketika makan, selalunya dia tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah:
Banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazali ; Sumber : Facebook Sekolah Menengah Arab Assaiyidah Khadijah Merlimau

Jadi, wanita perlulah untuk elak diri mereka dari mempunyai 6 sifat negatif ini.

Friday 19 August 2011

Jasa Bonda...

EMAK,IBU,UMMIdan x kiralah apa jua panggilan kepada seorang insan yang telah bersusah payah,bertarung nyawa melahirkan kita di dunia yg fana ini......suatu panggilan yg x lekang dari bibir seorang insan yg bernama manusia...dia yg telah byk berkorban untuk diri kita dan sudah terlalu byk bersabar menahan karenah kita sejak dari kecil lagi..memang kita tak dapat membalas kasih sayangnya pada kita dgn wang ringgit,tp dengan kasih sayang jugalah kita membalasnya...

Ya,sudah tentu kalau ditanya pada insan yg EMAK ini,apakah balasan yang boleh kita berikn pada mereka...sudah tentu yg keluar dari bibirnya "mak tak harapkan apa2 balasan dari mu nak,mak cuma ingin anak mak ni menjadi seorang yg berguna pada agama,bangsa dan negara."...TAPI!!!...di sebalik ayat itu ada maksud yg tersirat yg perlu kita renungi bersama....
Sedarkah kita yang kita pernah menyakitkan hati dan mengguris perasaan mak kia???..
tepuk dada tanya iman...Sesungguhnya mak kita x pernah meluahkan apa yg mereka rasakan...mereka tidak mahu melihat anak2 mereka derhaka kpd mereka...

Marilah kita menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf darinya sebelum terlewat...INGAT!!!...REDHA ALLAH BERGANTUNG PADA REDHA IBU BAPA...
"Marah bukan kebencian...tapi tanda sayang"......
Marilah hayati lagu ini..setiap lirik lagu ni membawa seribu satu makna....

JASA BONDA

Tuesday 16 August 2011

Penyakit Umat Akhir Zaman

Pertahanan diri umat Islam sebenarnya adalah rohnya yang merupakan baju besi maknawi dan rohani dari serangan luar. Gejala-gejala yang tidak sihat yang datang daripada perang saraf dan gerak saraf musuh adalah untuk melemahkan ketahanan iman umat Islam, perpaduan serta ilmu pengetahuan islam. Musuh jika menyerang dari aspek yang lain seperti kekayaan, ketenteraan, itu hanyalah serangan kekuatan sampingan, bukan serangan terhadap kekuatan umat yang utama

Di akhir zaman ini sudah ramai umat Islam yang kehilangan Tuhan atau tidak memikirkan lagi adanya Tuhan. Hinggakan mereka tidak terasa lagi peranan Tuhan di dalam kehidupan. Walaupun mereka percaya adanya Tuhan, tapi pada mereka kehidupan ini seolah-olah tiada campur tangan Tuhan. Boleh dikatakan, sudah ramai umat Islam yang 'tidak perlukan' Tuhan. Jika mereka pandai, pada mereka ini adalah disebabkan usaha mereka semata-mata, tidak kena-mengena dengan Allah.

Jika mereka kaya, berpangkat atau berkuasa, ia adalah kerana kemampuan mereka. Pada mereka, Tuhan sudah tiada kuasa menentukan nasib mereka. Pada mereka, Tuhan itu hanya sekadar ada, peranan-Nya kepada manusia seolah-olahnya tidak ada. Cuma sekali-sekala terasa Tuhan diperlukan, setelah mereka tidak ada kuasa pada diri mereka, seperti sakit, miskin atau dianiaya sesama mereka. Barulah mereka mula berdoa atau meminta kawan-kawan menolong mendoakan keselamatan mereka.

Setelah baik atau senang semula, mereka lupa kembali kepada Allah. Dia tidak diperlukan pula. Sikap ini bukan sahaja berlaku kepada ramai umat Islam di akhir zaman. Bahkan yang kelihatan beragama pun seperti masih bersembahyang, berpuasa, naik haji, sama sahaja.

Orang beragama dengan tidak beragama sudah sama sikapnya. Maka kesimpulannnya, yang paling rosak di waktu ini adalah aqidah umat Islam. Pada mereka Tuhan ada atau tidak ada sama saja. Kalaupun percaya adanya Tuhan, Tuhan tidak diperlukan di dalam hidup mereka. Pergantungan dengan Tuhan sudah tidak ada. Betapa pulalah untuk ditakuti atau dicinta, langsung tidak ada di dalam perasaan mereka.

Side effectnya apa sudah terjadi?

Orang beragama atau tidak, perangainya sama saja.
Sama-sama jahat, sama-sama membuat mungkar, sama-sama bergaduh, sama-sama berkrisis.
Sama-sama tidak ada kasih sayang, sama-sama tidak ada bertimbang rasa, sama-sama tidak peduli-mempeduli.
Sama-sama tidak sabar, sama-sama tidak pemurah, sama-sama tidak merendah diri.

Mengapakah perangai orang yang beragama dengan yang tidak ada agama sama?

Kerana mereka mengamalkan agama secara tradisi, agama sekadar satu warisan, tidak ada ilmu menyeluruh tentang agama, apalagi dihayati. Yang diharap hanya pahala, pahala, pahala. Pengamalan Islam bukan ditunjangi oleh kerana takut atau cintakan Tuhan, maka sebab itulah ibadah mereka tidak melahirkan akhlak yang mulia.

Maka berkat Tuhan pun tidak turun lagi ke dunia ini. Apabila berkat tidak ada, benda baik pun menjadi mudharat. Tuhan menimpakan bencana kepada sesiapa sahaja tidak kira orang baik atau orang jahat, berlaku secara umum di mana-mana. Jika kepada orang jahat itu, sebagai hukuman, kepada orang baik pula sebagai penghapusan dosa atau meninggikan darjatnya.

Makanan yang baik-baik pun sudah hilang berkatnya, sedap dan lazat tetapi membawa penyakit. Penyakit barah yang menakutkan, kencing manis yang merbahaya. Darah tinggi, sakit jantung menyusahkan manusia. Begitulah kalau Tuhan sudah murka kepada manusia, makanan yang halal pun menjadi musuh manusia. Walaupun begitu manusia tidak insaf juga, maksiat dilakukan bertambah berganda-ganda.

Tanpa takut, tanpa bimbang tindakan Tuhan, ajaran Tuhan sekalian alam masih tidak dipedulikan. Tuhan tidak diperjuangkan bahkan dilupakan. Manusia sibuk dengan makan, sibuk dengan minum dan dan sibuk dengan pakaian.

Sibuk dengan maksiat dan hiburan, sibuk dengan pembangunan dan kemajuan. Tuhan hanya sebagai slogan. Tuhan bukan matlamat hidup, kalimah Tuhan hanya sampingan. Maka, tidak hairanlah Tuhan bertindak. Dia mengarahkan makanan menjadi musuh insan hingga setiap hari manusia menderita disebabkan oleh makanan.

Tidak nampak lagi oleh manusia akan kekuasaan Tuhan…..
Bilakah manusia mahu sedar dan insaf kembali ke pangkal jalan??

Hari ini orang menyebut Allah
bukan dari jiwanya.
Ia disebut hanya sebagai budaya.
Tuhan disebut sekadar
untuk menyedapkan bahasa atau kata-katanya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...