walau sehebat mne pon kita... walau setinggi mne pon kita belajar... walau besar mne pon kejayaan kita.... tanpa restu dan doa ibubapa kita... cm kehidupan kita tiada keberkatan......

Followers

Para Tetamu

Sunday 6 November 2011

ENGKAU ORANG BELAJAR AGAMA…


Engkau orang belajar agama,
Dah tahu halal haramnya.
Tapi aurat main dedah juga.
Atau saja nak buat dosa berganda2…

Engkau orang belajar agama,
Ilmu tu kira dalamlah juga,
Tapi perangai macam orang gila.
Belajar akhlak saja tapi hati tak guna.

Engkau orang belajar agama,
Dah tahu mana betul salahnya,
Tanggungjawab entah campak ke mana,
Disiplin sekolah pun pakai main langgar jer.

Engkau orang belajar agama,
Dosa pahala dah tahu  belaka,
Adab sopan ntah hilang ke mana,
Laki pompuan sama jer…

Engkau orang belajar agama,
Dah dapat beza baik buruknya,
Tapi kenapa tak insaf juga,
Ke tak nak masuk syurga

Engkau orang belajar agama,
Semuanya manusia bukannya kera,
Kalau orang tegur tu adalah salahnya,
Ini tak muncung mulut main mengata.

Engkau orang belajar agama,
Akal fikiran semua da sempurna,
Kenapa pompuan pakai kain berjela2,
Tak sedar ker tu korang heret bara api neraka.

Engkau orang belajar agama,
Akal fikiran semua dah sempurna,
Kenapa pompuan pakai baju sarung buah nangka,
Tak sedar ker tu semua tuk suami korang jer.

Engkau orang belajar agama,
Tegakkan syiar Islam jadilah orang yang berguna,
Hidup bukannya lama,
So,banyakkan buat pahala,bukannya dosa.

Ada ilmu tapi tak guna,
Sekadar buat koleksi kepala ajer,
Kan dah banyak buat dosa,
Baik bertaubat segera.

Bila hati manusia sudah mati,mereka dah tak Nampak Syurga-Neraka,yang mereka Nampak keseronokan dunia sementara dan yang paling utama mereka bahagia walau pada hakikatnya jiwa mereka menderita.
Kerana cinta yang diserahkan bukan kepada yang Esa tapi pada yang tak punyai kuasa..Bahkan bersalut dgn cinta dusta-yang tu dikesalkan.Akhirnya ramai yang menjadi hamba nafsu dan syaitan.Hati tak pernah tenang.nak ketenangan hati arak menjadi hidangan,muzik menjadi hiburan,Yang disangka menyelesaikan masalah rupanya makin parah.

Sekarang bila kta terfikir,bilalah manusia akan kembali kepada fitrah kalu hukum Allah kita buat endah tak endah jer.Jangan mengharapkan dunia akan berubah,makin lama makin punah!.
ASTAGHFIRULLAH…

Ini bukan sekadar hiburan semata,
Tapi nak sedarkan diri Zul dan semuanya,
Hidup kita hanya sementara
Kalau buat baik kita juga bahagia.

Zul tulis ni bukan nak ngutuk atau mengata,Cuma nak memberi kesedaran rohani dan jasmani jer,dah tahu belajar agama,jaga lah peranag tu kalau xnak dihina.

Maaf dipinta kalau terasa,
Tapi kalau terasa juga padanlah muka!
Maknanya selama ni koranglah punya angkara
Jadi minta ampunlah pada Yang Esa,
Dan berpijaklah dibumi yang nyata…

Post a Comment

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...