walau sehebat mne pon kita... walau setinggi mne pon kita belajar... walau besar mne pon kejayaan kita.... tanpa restu dan doa ibubapa kita... cm kehidupan kita tiada keberkatan......

Followers

Para Tetamu

Tuesday 8 November 2011

TANGAN DIPOTONG KERANA SEDEKAH

Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam sesebuah Negara,maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata “Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah s.w.t”
Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya tersebut lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya.Sebaik saja gadis tersebut memberikan roti tersebut maka keluarlah bapanya yang bakhil dan tarsus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus.
Semenjak dari peristiwa itu maka Allah s.w.t pun mengubah kehidupan orang kaya tersebut dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga menjadi fakir miskin.Dan akhirnya dia meninggal dalam keadaan yang paling hina.
Anak gadisnya pula menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah.Maka pada suatu hari,gadis tersebut menghampiri rumah orang kaya sambil meminta sedekah.Maka keluarlah seorang ibu dari rumah itu.Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya.Ibu itu sangat tertarik dengan gadis itu dan dia berhajat ingin mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut,Maka setelah selesai perkahwinan tersebut,maka si ibu pun  memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantukan pakaiannya.
Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam,maka suaminya hendak makan bersamanya.Oleh kerana gadis tersebut kudung tangan kanannyadan suaminya tidak tahubahawa dia itu kudung,manakala ibunya telah merahsiakan tentang hal tersbut.
Maka apabila suaminya menyuruh dia makan,lalu dia makan dengan tangan kiri.Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu lalu berkata “Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara seharian,oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri.”
Setelah suaminya berkata demikian,maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kirinya,walaupun suaminya berkata berkali-kali.Dengan tiba2 terdengar suara dari sebelah pintu.”keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah,seseungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas keranaKu,maka tidak ada halangan bagi Ku memberikan kembali tangan kananmu itu”
Setelah gadis tersebut mendengar suara tersebut,maka dia pun mengeluarkan tangan kananya itu dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asal.Dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan.
NOTA:
Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu,walaupun dia fakir miskin apabila dia telah dating ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud;”Barangsiapa menghormati tetamu,maka sesungguhnya dia telah menghormatiku,dan barangsiapa menghormaiku,maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah s.w.t.Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu.dia telah menjadi kemarahanku.Dan barangsiap menjadi kemarahanku,sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah s.w.t”
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud;”Sesungguhnya tatamu itu apabila dia dating ke rumah seseorang mukmin itu,maka dia masuk bersama dengan seribu berkat dan seribu rahmat”

Post a Comment

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...