walau sehebat mne pon kita... walau setinggi mne pon kita belajar... walau besar mne pon kejayaan kita.... tanpa restu dan doa ibubapa kita... cm kehidupan kita tiada keberkatan......

Followers

Para Tetamu

Sunday 27 November 2011

SALAM TAHUN BARU,UNTAIAN KATA UNTUK RENUNGAN BERSAMA…

ASSALAMUALAIKUM…Salam ukhwah untuk semua!
Dengan bertanya  seseorang akan lebih berpengetahuan.Nama yang harum lebih berharga dari kekayaan. Cepat tidur,cepat bangun menjadikan seseorang sihat,makmur dan bijaksana.Hidup yang tak menghasilkan apa-apa bererti hidup tiada guna.

Barang yang selalu buat kamu tertarik selalu terasa mahal. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Kemakmuran adalah hasil dari jerih  payah.Yang penting bukan berapa lama kita hidup,tapi bagaimana kita hidup.
Jika anda tak dapat berkata baik tentang diri seseorang.janganlah yang buruk anda katakan.Sekali ucapan yang keluar ia akan tersebar ke mana-mana. Berfikirlah hari ini dan berkatalah esok. Pertolongan yang tulus tidak akan mengharapkan inbalan kembali.Waktu yang hilang takkan dapat dipertemukan kembali. Nasihat yang baik adalah teladan yang baik.
Berbahagialah mereka yang tidak mempunyai hutang.Seseorang dikenali kerana dengan siap dia bergaul.Keramahan adalah senjata penakluk yang paling jujur.Dengan belaja rmematuhi perintah,kita akan tahu cara memerintah.Tak semua persoalamn dapat diselesaikan dengan cara analisa.
Cinta itu Indah tapi tak selamanya keindahan itu mengandungi cinta. Cinta itu bukan sumber bahagia tapi tiadanya cinta jadi sumber derita. Cinta itu laksana api yang tak boleh dipermainkan,jika dipermainkan akan membakar diri. Awali cintamu dengan kemantapan agar berjalan dengan menyenangkan. Cinta itu bermacam2 tapi yang paling aman dan kekal adalah cinta kerana-Nya.Cinta sejati adalah cinta yang terdiri dari dua orang sahaja dan tak ada tempat bagi orang ketiga. Cinta yang buta membawa orang dalam kesesatan.
Doa adalah suara iman dan senjata paling ampuh.Beramallah, nanti Tuhan akan memberi kurnia…

SALAM MAAL HIJRAH…

Saturday 26 November 2011

11 Tips Merawat PUTUS CINTA

1. Jangan Hubungi Pasangan AndaJangan call, sms, e-mail atau apa-apa cara sekali pun. Jangan lakukan sebarang komunikasi kepada pasangan anda. Biarkan keadaan ini berlalu selama yang mungkin.

 2. Jangan Hubungi atau Meluah Masalah Kepada Rakan Pasangan Anda

Disebabkan tidak dapat menghampiri pasangan anda, akhirnya anda memilih untuk menghubungi rakan pasangan anda dan meluah masalah anda dan pasangan anda. Keadaan ini akan memburukkan keadaan dan bukannya memperbaiki keadaan.

3. Luahkan Masalah Anda Hanya kepada Teman Rapat Anda SahajaMasalah cinta anda perlukan seseorang yang betul-betul rapat dan memahami anda. Dia mesti seorang yang betul-betul boleh mendengar dan menjiwai masalah anda. Cari mereka dan luahkan segala masalah perhubungan cinta anda.



cinta datang dan pergi..carilah yang sejati 237x300 11 Tips Merawat PUTUS CINTA
Cinta datang dan pergi..Carilah CINTA SEJATI!

4. Jangan Biarkan Diri Anda KeseoranganJangan sesekali letakkan diri anda berseorangan. Mungkin anda perlukan masa untuk bersendirian tetapi hakikatnya anda sebenarnya perlukan teman. Dengan erti kata lain, anda perlukan pasangan anda. Apabila anda letakkan diri anda keseorangan, anda akan cenderung untuk menghadapi masalah kemurungan “stress”.

5. Hadiahkan Diri Anda Dengan Sesuatu yang MenyeronokkanAnda perlu sedar bahawa anda sedang bersedih. Jika anda terus bersedih maka, tiada penyelesaian dapat anda lakukan. Oleh itu, anda perlu hadiahkan diri anda sendiri dengan sesuatu yang ceria dan menyeronokkan. Pergi bercuti ke tempat yang asing daripada tempat anda. Ia mungkin boleh membantu anda meredakan kesedihan. Belikan sesuatu yang berharga kepada diri anda sebagai hadiah, kerana anda mampu mengharungi perpisahan ini.

berpisah 300x198 11 Tips Merawat PUTUS CINTA

6. Kembali kepada-NyaBanyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.
Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah
anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.


 7. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat

Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.


8. Buang semua tentang si diaJika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.





berkecai hati 11 Tips Merawat PUTUS CINTA

berkecai hati

9. Sibukkan diriLakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.


10. Muhasabah diriJangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.


11. Berkawan dengan ramai orangJanganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.



Wednesday 23 November 2011

Cemburu atasi atau lari!..

Cemburu boleh menjadikan kita mempunyai peribadi tang tidak menyenangkan..Tapi jangan risau,rasa cemburu itu pasti akan dialami oleh sesiapa saja yang punya perasaan..tak de masalah yang tak boleh diselesaikan..Begitu juga dengan rasa cemburu..pasti ada cara mengatasinya..

Cari Puncanya
Marah dan berasa tidak stabil boleh menjadi penyebab cemburu,sehingga kita berubah menjadi tak rasional….Untuk mengatasi masalah ini,seseorang perlu tahu masa lalunya..Mungkin dia tak pernah puas dengan diri sendiri,atau kerana merasakan rendah diri..Singkirkan hal negative tu dan bangkitkan rasa kepercayaan kita padanya..

Tingkatkan kemampuan…
Berasa tak berharga juga mampu menjadi punca terbit rasa cemburu..Jika begini,lebih baik kita berfikir positif pada diri sendiri..

Jangan tuduh Melulu…
Jangan menuduh sembarangan..Ajak dia berbicara kerana komunikasi dalm hubungan itu amat penting..Jika tak,kita mungkin akan terus tersiksa dengan kecurigaan dan menderita sendiri..

Tunjukkan rasa cinta..
Jangan terlalu takut kehilangan dia,tenang dan kuasai diri..Tunjukkan kita bukan sekadar sayang tapi mencintainya untuk menjadi lebih romantic jom usha kat sini…..

Belajar saling mempercayai cinta dan rasa saling percaya itu seharusnya dalam satu pakej..Jika kita mudah curiga,berterus teranglah dengannya..Cuba minta daripadanya utuk;-
  • v  Selalu menelefon jika terlambat kerana sedang melakukan sesuatu
  • v  Mengungkapkan bahawa dia mencintai kita beserta alasannya..
  • v  Berkongsi kebanggaan dan kebahagiaannya..
  • v  Memberi perhatian tidak hanya ketika berdua..
  • v  Tidak memotong percakapan kita,sehingga kita tak faham isi perbualan kita…
  • v  Memperlihatkan rasa cinta bukan setakat dari aspek fizikal tapi juga melalui cara2 yang lain seperti mengirim mesej yang mengatakan kita sayang sangat padanya..
  • v  Meluangkan lebih banyak waktu bersama..Bukan untuk tujuan lain yer~…Time tu lah masa untuk saling mengenali dengan lebih rapat..

WALAUPUN AURAT MILIK PERIBADI NAMUN PENCIPTANYA ADALAH SAMA.

Assalam Mualaikum w.b.t…

Entri hari ini Zul nak sentuh sikit tentang aurat.Bukan untuk mengejar glamour jauh sekali untuk mendapat pujian ,tapi Zul rasa terpanggil atas dasar sebuah percaturan kehidupan.

Sahabatku…
Tatkala tercipta lelaki dan perempuan,ALLAH terlebih dahulu melakarkan perasaan kasih dan hormat-menghormati. Zul kira soal siapa yang lebih gagah dan berkuasa tidak timbul,buktinya wanita diamanahkan untuk melahirkan zuriat yang cemerlang dan lelaki diberi tanggungjawab memegang AMANAH tersebut dengan meletakkan namanya.
Sahabatku…
Manusia sesunggguhnya tidak sempurna sebab itu kita diberi akal untuk berfikir dan menganalis.Sebenarnya hidup ini cukup mudah sekiraya kita saling mengakui kelebihan dan kekurangan masing2.

Sahabat wanitaku…
Sesungguhnya kita seharusnya bersyukur dengan kurniaan Allah dengan menciptakan kita seindah perhiasan,telah diletakkan kita ditempat yang tertinggi untuk dumuliakan.Diberikan perasaan perasaan sehingga boleh mengalirkan air mata tangisan.Walaupun aurat milik peribadi namun PENCIPTANYA adalah sama.

Sahabat lelakiku….
Zul rasa kiranya tidak adil jika slah hanya ditunding pada wanita semata kerana diri kita adalah pemimpin yang mencorakkan warna.Kita telah diberi amanah sebagai adik,abang,suami.datuk dan saudara.Itu semua bukan nama tapi tanggungjawab yang tak pernah sudah.Kekadang kita lupa untuk mencipta satu nyawa kita memerlukan dua jasad walaupun badannnya tidak sama…


Friday 18 November 2011

Jika dan ketika…

Jika kau berasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia….Allah tahu betapa kau sudah berusaha…

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih…Allah sudah menghitung air matamu…

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja…Allah sedang menunggu bersama-sama mu..

Ketika kau berasa sendirian dan teman2 terlalu sibuk menelefon kamu..Allah sentiasa berada di sampingmu…

Ketika kau fikir bahawa kau sudahpun berusaha bersungguh2 dan tak tahu nak buat apa lagi….Allah mempunya jawapannya…

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang menjadi tak masuk akal dank au berasa tertekan…Allah bersamamu untuk menenangkanmu…

Jika tiba2 kau dapat melihat jerjak2 harapan…sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu..

Ketika seseuatu berjalan dengan lancer dank au ingin meluahkan rasa syukur….Allah telah pun memberkatimu….

Ketika sesuatu indah terjadi dank au penuh ketakjuban..Allah akan tersenyum kepadamu…

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk direalisasi…Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu…

Sunday 13 November 2011

TAK ADA YANG MUSTAHIL…


Sebenarnya walau dimanapun kedudukan dan kedaan kita ketika ini,kita masih mempunyai pilihan untuk terus melangkah maju ke depan..Ingat,berhentilah melangkah di tempat yangs sesuai dan jangan sesekali berundur..Jadilah seorang yang berfikiran positif dan ingin maju serta aturlah kehidupan dengan setiap langkah dengan penuh keyakinan..

Antara rahsia untuk sukses dengan memberi lebih daripada apa yang diinginkan oleh orang lain..Kemudian berusaha semaksimum mungkin untuk menepati janji.Walau sesukar manapun halangan yang dihadapi,cubalah!..Andai kita benar2 tidak dapat menunaikan janji,hulurkan kemaafan dengan perjelasan..Menepati janji adalah sifat seseorang yang boleh diharapkan,juga sumber kepercayaan orang lain terhadap kita..

Setiap apapun,sifat dan rasa tanggungjawab itu amat penting..Seseorang yang cuba lari tanggungjawab ibarat kanak2 yang biasanya secara spontan mencari alas an untuk menghindari tanggngjawab..Namun seharusnya yang telah dewasa harus berani memikul tanggunjawab yang boleh dianggap sebagai amanah dalam kehidupan..Orang yang melepaskan tanggungjawabnya kepada orang lain dianggap orang yang tiada matlamat dalam kehidupannya..
Kembangkanlah pemikiran seluas mungkin..Terlalu banyak masalah kecil yang tidak penting mengganggu fikiran ,energy dan penumpuan kita..Kita perlu memilih mana yang perlu difikirkan atau mana yang tidak atau dikemusiankan..Fokuskan pada hal2 yang penting dan bererti..Ingatlah,masih banyak perkara yang perlu dititik beratkan untuk meningkatkan kualiti hidup..
Sentiasa mahu bekerjasama dalam melakukan sesuatu kerja bahawa untuk sukses dalam dalam hidup kita perlu bergantung pada orang lain untuk bagi kita panduan dan semangat..Dan kemampuan kerjasama dengan orang lain dapat membantu mengantarkan kita kea rah kejayaan sebenar-benarnya..

Gunakanlah waktu dengan kadar yang maksimum..Isilah hari2 dengan perkara2 yang berguna…Elakkan diri daripada kegiatan2 yang tak berfaedah dan tak menentu boleh merosakkan harga diri,kerana kita merasakan diri kita yang tidak berguna..Ingatlah selalu masa merupakan aset yang begitu berharga..

Hadapi juga rintangan yang datang dengan tenang..Ingatlah semakin banyak rintangan yang kamu hadapai,semakin banyka pengajaran dan pengalaman yang berguna dalam kehidupan kamu..Anggaplah rintangan itu sebagai satu instruktur fitness bagi jiwa kita..Se,oga kita semua akan mendapat kejayaan sama ada di dunia mahupub di akhirat kelak..Insya-Allah..

Ini saja untuk kali ini,sampai jumpa lagi..Wassalam..

Wednesday 9 November 2011

So what? sendiri mau ingat!


Syukur Alhamdulillah diucap,
Pada Maha Pencipta bergantung harap,
Diberi-Nya u all we all peluang,
Menatap dunia fana penuh gemilang.

Assalamualaikum salam untuk awek2,
Moga u all semakin hari semakin cantik,
Budi bahasa adab sopan harta dunia,
Belum cukup buat bekal di alam sana.

Sepuluh jari disusun memohon maaf,
Terlanjur kata,terkasar bahasa,salah dan silap,
Menegur mungkin ditafsir mengutuk,
So what?Ramai insan awek-awek mengamuk!

Sejak dulu hingga sekarang,
Isu bungkus membungkus asyik dibincang,
Insan awek2 kata,”Boringlah!”
Isu lain banyak lagilah.

Mungkin u all rasa isu ini tak penting,
Buat sakit hati dan u all melenting,
Tapi bungkus kan mudah jer,
Itu pun susah sangat nak buat ker?

Bukalah mata buka minda,
Yang wajib jangan dok ambil mudah saja,
Memang la pahala dosa u all yang tanggung,
Di kemudian hari jangan pulak dok meraung.

Bungkus biar betul2 jangan sambil lewa,
Kena caranya lengkap segala jangan saja nak melawa,
Bertudung tak semestinya aurat u all dah terjaga,
Bungkus yang atas bawah lak macam sarung nangka.

Sudah membungkus diri semua lega,
Inilah insan awek ciri sempurna,
Apapun masih banyak hal kene jaga,
Berbungkus tapi bercouple sampai x ingat dunia.

Pegang tangan u all kata tak apa,
Bukan luak apa,takde heavy-heavy punyer,
Tapi jangan lak lupa haram gak hukumnya,
Silap gaya bila dah kene nyesal x guna.

  
Si gagah perkasa pun 2x5,
Bombing jalan kea rah x berguna,
Ini ker nak jadi pemimpin namanya,
Bikin rosak ramai anak dara!


Awek2 pun kene la ingat,
Jangan dok ikut perangai ligat,
Kuat2kan  la sikit iman dan semangat,
Dipujuk rayu segalanya dah tak ingat.

Cukup2 lah buat free show,
Tayang sana sini nilau u all makin low,
U all punyer kaum jgak yang malu,
Mak bapak lagi la haru.

Bukak dada tayang paha,
Yang tengok terbeliak mata,
Nampak perut Nampak pusat,
Orang tengok naik meluat.

Baju singkat Nampak pusat,
Perghhh…tak malu da la berkarat,
Skirt ketat tambah plak singkat,
Nak berjalan pun da macam ulat.

Tudung cantik pelbagai cara diikiat,
Sayang plak berbaju ketat,
Ni berfesyen ke tuntutan syariat,
Ah,sendir le mau ingat!

Awek2 skrang makin ligat,
Kalau tegur melenting sampai x ingat,
Seribu satu u all punye alas an,
Macam x takot dengan balasan.

U all ni sebenarnya tahu,
Tapi saja buat2 xtahu,
Tutup sebelah mata kerana dunia,
Apa nak dibawa bila pejam mata?

Kerana nila setitik rosak susu sebelanga,
Maruah bukan murah kene la jage ye,
Setan bertopeng manusia ada di mana2,
Jangan lak u all yang jd mangsa.

U all di angkat tinggi serta mulia,
Jagalah diri maruah dipelihara,
Jangan kata orang mengutuk menghina,
U all sendiri kengkadang puncanya.

Zaman makin maju fikiran berkembang,
U all plak dok undur ke belakang,
Berpakaian tapi bertelanjang,
Huh!memang elok kene terajang.

Tuesday 8 November 2011

Grrrr..Marah??..Marah Asalkan…

Tentu korang setuju bahawa bila marah kita jadi tak tenang..tapi dengar dulu, marah itu mungkin berguna,asalkan…

Analisa Dulu Alasannya..
Rasa marah dan tak puas hati itu boleh manfaatkan untuk mengubah situasi..Tapi,kita harus punya kekuatan untuk mengubah rasa marah itu menjadi bermanfaat..Kita mesti melakukan sesuatu untuk memperbaikinya kan??

Bersikap Realiti
Pernah marah pada sesuatu yang kita tak dapat kita ubah? Contohnya,jejaka idaman kita rupanya lebih berminat pada sahabat baik kita sendiri..Apa yang kita dapat lakukan untuk mengubah situasi ini??.Hmm…mungkin lupakan saja,berdamailah dengan diri sendiri!..

Menyedari Apa yang Boleh Diubah..
Jika kita terbiasa menekan atau menutupi rasa marah,itu ertinya kita tak menuruti kehendak diri sendiri..Jika kemarahan dilepaskan,maka kita akan dapat lihat hal2 yang sebenarnya boleh diubah agar hidup menjadi lebih indah…

Cari Sokongan
Sebaik menyedari apa yang boleh diubah dalam kehidupan seharian kita,minta la bantuan orang terdekat untuk membincangkan masalah dan mencari jalan keluarnya..

Hadapi dengan Tenang…
Tak mudah nak selesaikan dengan orang2 yang membuat kitamarah tapi ada beberapa caranya:-
1.      Katakana padanya apa yang membuat kita marah dengan jelas..Kita tak boleh mengharapkan mereka untuk menbaca apa yang ada kat fikiran kita..
2.    Jelaskan bagaimana perasaan kita..
3.     Katakana apa yang ingin dikatakan..Siapa tahu dia tak faham apa yang kita inginkan..Betul x??

Kita boleh marah,asal tahu bagaimana cara yang benar,,Marah yang benar boleh membantu kita meraih apa yang kita inginkan tanpa mengganggu hak orang lain..Selamat marah la yer~…


Cinta Bukan Segalanya!!!...


Menjalin hubungan,meraih cinta memang impian setiap insan terutama remaja macam Zul nie r…Namun tahukah apa makna cinta yang sebenar-benarnya??..Sangat universalkan..Bergantung kepada orang yang memandangnya..Ad mitos yang mengatakan cinta tu penuh misteri,ada juga yang mengatakan cinta tu buta..
Cinta sebenarnya tak bula la der..Yang butanya tu adalah kita manusia yang tak tahu menilai apa tu cinta sebenarnya..takkan cinta kepada Maha Pencipta juga dikatakan sebagai cinta yang buta?..tentu tak kan…
Rasanya tak berkesudahan perbahasan tentang masalah cinta..Setiap orang punya cerita dan pengalaman tersendiri..Bahkan setiap orang beza dalam menilanya…Sebahagiannya masih percaya tapi tak kureng juga yang tak percaya pada mitos cinta ini..JOm kita usHa sikit apa tentang mitos cinta tu;-..



Cinta itu Misteri
Banyak pasangan yang berasa cemas dalam meniti cinta..Mereka bagaikan tak mampu membawa cinta yang terjalin ke arah mana..Apakah cinta mereka akan berkubur di pertengahan jalan??..Sungguh penuh misteri cinta itu-hanya Tuhan saja yang menentukan..

Cinta membuat kita Bahagia…
Mitos yang mengatakan cinta membawa bahgia,jawabnyab bergantung pada diris sendiri..Bagaimana kita mengurus dan melayari cinta yang baik..Jika nyatanya terjadi sebaliknya,bererti ini hanya sebuah pengharapan yang salah..Mitos ini kurang tepat digunakan,jika dalam angan dan mimpi..

Cinta akan membuat dia berubah
Kadang2 kita mudah percaya pada mitos ,dengan cinta pasangan akan berubah sesuai dengan kehendak dan keinginan kita..Padahal anggapan tu salah..tidak semudah tu mengubah sikap pasangan,perlukan waktu dan penyesuaian..Perubahan sekecil pun,hanya dari dalam diri pasangan tu sendiri..

Cinta itu Indah..
Pada awalnya mitos ini membawaerti yang benar..sebab tu adalah kali pertama kamu membina hubungan..Rasanya semua milik berdua,taka da cacat sedikit pun..Tapi sampai waktunya akan mula muncul pelbagai rasa..haa..yang ni Zul penah merasainya..Jika tak mampu kawal,akan mula le timbul konfliknya…So,tak selamanya cinta itu indah..

Cinta Mampu Membaca Fikiran Dia..
Tanggapan seperti ini juga tak pasti akan kebenarannya..Membaca fikiran pasangan perlu feeling yang kuat..Jika kita sudah lama mengenalinya,baru ada seseuatu yang boleh kta agak dan kit abaca pada dirinya..Sebaliknya yang baru kenal sebulan dua jalin hubungan,memang agak sukar untuk membaca fikiran pasangan..So,kita yang memberi respons,supaya komunikasi makin terbuka...

TANGAN DIPOTONG KERANA SEDEKAH

Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam sesebuah Negara,maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata “Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah s.w.t”
Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya tersebut lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya.Sebaik saja gadis tersebut memberikan roti tersebut maka keluarlah bapanya yang bakhil dan tarsus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus.
Semenjak dari peristiwa itu maka Allah s.w.t pun mengubah kehidupan orang kaya tersebut dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga menjadi fakir miskin.Dan akhirnya dia meninggal dalam keadaan yang paling hina.
Anak gadisnya pula menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah.Maka pada suatu hari,gadis tersebut menghampiri rumah orang kaya sambil meminta sedekah.Maka keluarlah seorang ibu dari rumah itu.Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya.Ibu itu sangat tertarik dengan gadis itu dan dia berhajat ingin mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut,Maka setelah selesai perkahwinan tersebut,maka si ibu pun  memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantukan pakaiannya.
Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam,maka suaminya hendak makan bersamanya.Oleh kerana gadis tersebut kudung tangan kanannyadan suaminya tidak tahubahawa dia itu kudung,manakala ibunya telah merahsiakan tentang hal tersbut.
Maka apabila suaminya menyuruh dia makan,lalu dia makan dengan tangan kiri.Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu lalu berkata “Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara seharian,oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri.”
Setelah suaminya berkata demikian,maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kirinya,walaupun suaminya berkata berkali-kali.Dengan tiba2 terdengar suara dari sebelah pintu.”keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah,seseungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas keranaKu,maka tidak ada halangan bagi Ku memberikan kembali tangan kananmu itu”
Setelah gadis tersebut mendengar suara tersebut,maka dia pun mengeluarkan tangan kananya itu dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asal.Dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan.
NOTA:
Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu,walaupun dia fakir miskin apabila dia telah dating ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud;”Barangsiapa menghormati tetamu,maka sesungguhnya dia telah menghormatiku,dan barangsiapa menghormaiku,maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah s.w.t.Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu.dia telah menjadi kemarahanku.Dan barangsiap menjadi kemarahanku,sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah s.w.t”
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud;”Sesungguhnya tatamu itu apabila dia dating ke rumah seseorang mukmin itu,maka dia masuk bersama dengan seribu berkat dan seribu rahmat”

Monday 7 November 2011

Hmm…lebih romantik...




ü  Tinggalkan bunga kat mana2 tempat kekasih u all yg senang untuk menjumpainya dan selitkan jugak nota yang tertulis `I LOVE U’

ü  Tulis sepucuk surat cinta atau mesej kepadanya walaupun tiap2 hari u all jumpa dengannya..

ü  Tulis 25 sebab kenapa kamu menyintainya dan sebab kenapa kamu pilih dia sebagai kekasih..Framekan dan hadiahkan kepadanya..

ü  Potong kertas berbentuk hati..Dan di atas kertas tersebut tuliskan “tahu x awak bahawa awak adaah pemilik hati ini?”..Tinggalkan atau selitkan dalam beg?bukunya dan pastikan dia akan dapat mesej cinta kamu..

ü  Sekali-sekala call dia dan ajak dia keluar dating walaupun bukan pada hujung minggu..Mungkin pergi pasar malam,dating jugak namanya tu kan??

ü  Buat satu senarai pendek,hari2 kamu buat kejutan kepadnya dan pastikan rahsia ini tak bocor k..

Sunday 6 November 2011

ENGKAU ORANG BELAJAR AGAMA…


Engkau orang belajar agama,
Dah tahu halal haramnya.
Tapi aurat main dedah juga.
Atau saja nak buat dosa berganda2…

Engkau orang belajar agama,
Ilmu tu kira dalamlah juga,
Tapi perangai macam orang gila.
Belajar akhlak saja tapi hati tak guna.

Engkau orang belajar agama,
Dah tahu mana betul salahnya,
Tanggungjawab entah campak ke mana,
Disiplin sekolah pun pakai main langgar jer.

Engkau orang belajar agama,
Dosa pahala dah tahu  belaka,
Adab sopan ntah hilang ke mana,
Laki pompuan sama jer…

Engkau orang belajar agama,
Dah dapat beza baik buruknya,
Tapi kenapa tak insaf juga,
Ke tak nak masuk syurga

Engkau orang belajar agama,
Semuanya manusia bukannya kera,
Kalau orang tegur tu adalah salahnya,
Ini tak muncung mulut main mengata.

Engkau orang belajar agama,
Akal fikiran semua da sempurna,
Kenapa pompuan pakai kain berjela2,
Tak sedar ker tu korang heret bara api neraka.

Engkau orang belajar agama,
Akal fikiran semua dah sempurna,
Kenapa pompuan pakai baju sarung buah nangka,
Tak sedar ker tu semua tuk suami korang jer.

Engkau orang belajar agama,
Tegakkan syiar Islam jadilah orang yang berguna,
Hidup bukannya lama,
So,banyakkan buat pahala,bukannya dosa.

Ada ilmu tapi tak guna,
Sekadar buat koleksi kepala ajer,
Kan dah banyak buat dosa,
Baik bertaubat segera.

Bila hati manusia sudah mati,mereka dah tak Nampak Syurga-Neraka,yang mereka Nampak keseronokan dunia sementara dan yang paling utama mereka bahagia walau pada hakikatnya jiwa mereka menderita.
Kerana cinta yang diserahkan bukan kepada yang Esa tapi pada yang tak punyai kuasa..Bahkan bersalut dgn cinta dusta-yang tu dikesalkan.Akhirnya ramai yang menjadi hamba nafsu dan syaitan.Hati tak pernah tenang.nak ketenangan hati arak menjadi hidangan,muzik menjadi hiburan,Yang disangka menyelesaikan masalah rupanya makin parah.

Sekarang bila kta terfikir,bilalah manusia akan kembali kepada fitrah kalu hukum Allah kita buat endah tak endah jer.Jangan mengharapkan dunia akan berubah,makin lama makin punah!.
ASTAGHFIRULLAH…

Ini bukan sekadar hiburan semata,
Tapi nak sedarkan diri Zul dan semuanya,
Hidup kita hanya sementara
Kalau buat baik kita juga bahagia.

Zul tulis ni bukan nak ngutuk atau mengata,Cuma nak memberi kesedaran rohani dan jasmani jer,dah tahu belajar agama,jaga lah peranag tu kalau xnak dihina.

Maaf dipinta kalau terasa,
Tapi kalau terasa juga padanlah muka!
Maknanya selama ni koranglah punya angkara
Jadi minta ampunlah pada Yang Esa,
Dan berpijaklah dibumi yang nyata…

Wednesday 2 November 2011

PERGHHH!!!..MANISNYA MADU NI….



Adalah seorang hamba Allah ni,dia pergilah bersiar2 kt dalam hutan..tetibe dia terdengar bunyi..bunyi aaaaummmmm!.Bunyi suara harimau yang kelaparan dan hanya menunggu mansanya saja.
Jadi,si hamba Allah ni pun lari menyelamatkan diri apabila dikejar harimau tersebut..Hamba Allah ni punya la takut hingga lari lintang pukang dan sempat juga dia berdoa selamatkan dia daripada dibaham oleh harimau tu..
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya..Dan  demi menyelamatkan diri,Hamba Allah ini terjun ke dalam perigi tersebut..Perigi tu ada tali dan timba….Hamba Allah ni pun berpaut pada tali tu tapi tali itu terlalu pendek .Jadi,hamba Allah td bergantungan di tengah2 perigi..
Manakala harimau td menunggunya di mulut perigi..Hamba Allah ni bertambah kalut dan takut apabila didapati ade dua ekor buaya di dalam perigi tersebut…Apalah nasib,sudah jatuh ditimpa tangga..Lagilah takut la hamba Allah ini..Atas ada harimau bawah ada buaya..Semakin risau dan takut..
Sedang dia berfikir mencari jalan keluar tetibe muncul seekor tikus putih dari celah2 dinding perigi..Tikus tu naik ke atas mengikut tali di mana hamba Allah tu bergayut..Sampai kat atas,tikus tu pulak gigit tali tu..Cis,kurang ajar punyer tikus!Aduyai…camne nie??
Lepas tu keluar pula seekor tikus hitam-naik mengikut tali tadi.Cit!Cit!Cit!..Sampai kat atas ,tikus t upon gigit tali itu jugak..Cis,lagi satu!...Camne nak buat nie??Habislah jd mangsa buaya…Hamba Allah tu berfikir kalau naik atas kena makan dek harimau..Kalau tunggu tali putus kompem jatuh bawah kene makan dek buaya pulak..Cam ne nie??
Sedang Hamba Allah tu fikir camna nak selamatkan diri,terdengar pula bunyi..uuuuuuuuuu!Bunyi lebah bawa madu..Hamba Allah pon mendongak ke langit,melihat lebah2 membawa madu..Setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut hamba Allah tu….
Punyalah nikmat..Hamba Allah tu berkata”Fuhhh manisnya madu nie..Tak pernah kurasa manis seperti ni..Sedapnya..subhanallah,sungguh sedap nie!”…
Kerana setitik madu tadi hamba Allah tu lupa pada harimau yang menantinya di mulut perigi dan buaya yang menantinya di bawah…
Kalau korang semua nak tahu,hamba Allah tu adalah kita semua…Harimau yang mengejar tu adalah maut kita..Ajal sentiasa mengejar kita!So,beringat2lah k…Dua ekor buaya itu adalah malaikat munkar dan Nakir yang menanti kita di alam kubur nanti..
Tali temapat hamba Allah bergayut tadi adalah hayat kita..Kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita,dan kalau panjang talinya pendeklah umur kita…
Tikus hitam dan putih tu pulak adalah dunia kita siang dan malam yang sentiasa menhakis umur kita..Kan tikus tadikan gigit tali tempat hamba Allah bergayut tadi…
Madu…madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba Allah tu tadi adalah umpama nimat dunia..Bayangkan hanya setitik madu saja,hamba Allah tu lupa pada harimau dan buaya..Macam kita jugalah…bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah..Waktu susah pandai pula berdoa minta pertolongan daripada Allah…
Begitulah cerita yang boleh Zul kaitkan dengan kehidupan kita sekarang nie..Janganlah kita lupa pada pada yang SATU…JAGA DIRI HIASI PERIBADI AGAR MENJADI INSAN SEJATI!..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...